Wednesday, May 4, 2011

MINI KONVEK HPA ZON UTARA

Monday, May 2, 2011

MINI KONVEK HPA ZON UTARA



Mini Konvek HPA Zon Utara akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:5 hb Mei 2011

Tempat :Kelab Cinta Sayang,Sungai Petani Kedah.

Masa :8.00 mlm


Semua ahli dan pengedar HPA dijemput hadir seramai mungkin bagi menjayakan program tersebut. Antara agenda Mini Konvek,


Penyampaian Anugerah Kepada Pengedar Dan Pemimpin

Persembahan Nasyid Kumpulan Al Rasyi
Ucapan Pengarah Urusan 1 HPA

Ucapan Pengurus Besar AWM HPA


Semua pengedar yang telah menerima surat jemputan bagi menerima anugerah diminta hadir awal dan mengesahkan kehadiran anda di meja pendaftaran yang disediakan.Manakala mana-mana pengedar yang telahpun menerima anugerah di Konvek HPA ,PICC ,Putra Jaya pada 5 hb Feb 2011 yang lalu tetapi berhasrat untuk menerimanya secara rasmi pada Mini Konvek ini,maka diharap dapat membawa anugerah yang telah anda terima dahulu untuk didaftarkan di bahagian pendaftaran Mini Konvek sebelum majlis bermula.


:Pengarah Mini Konvek KPU Mei 2011

PJS Ust Mohd Zahir Ghazali

Tuesday, April 12, 2011

PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG APRIL 2011-HPA KOMUNITI SUNGAI PETANI DAN PROGRAM MOTIVASI PEMBANGUNAN MINDA DIRI DAN AKHLAK PELAJAR



KONVEK HPA FEB 2011-TERUS MENCIPTA SEJARAH






Sunday, November 7, 2010

OPERASI BANTUAN BANJIR







20 orang pemuda dan petugas DPP Kaw Merbok turut serta turun sebagai sukarelawan membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar negeri Kedah.Pada 7 hb Nov 2010, rombongan DPPMerbok yang diketuai oleh ketua pemuda Merbok,Ust Mohd Zahir Bin Ghazali telah menghabiskan masa meredah banjir bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.Disebabkan banjir masih belum reda dan sebahagian mangsa masih lagi berada di pusat pemindahan, maka rombongan telah membantu pihak yang berkaitan untuk membersihkan kawasan sekitar dan lain-lain lagi tugas-tugas am. Rombongan DPPKM juga turut membawa bahan makanan dan minuman untuk keperluan mangsa banjir. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Tuesday, October 26, 2010

GEMPUR RADIX DI MESIR

HPA Bangkit Kembali Di Mesir !!!Alhamdulillah kami kembali semula ke Mesir setelah bertahun meninggalkan bumi bertuah tersebut.Pada kali ini dengan misi membangunkan maklumat dan semangat siswa siswi Al Azhar untuk bersama perniagaan umat Islam HPA Ind Sdn Bhd, kami telah menjejakkan kaki di bumi Mesir pada 18-22 hb Sept 2010. Saya bersama sahabat PJS Ust Ramizu Bin Abdullah dari Kelantan telah selamat tiba di Cairo Airport pada jam 2 ptg waktu Egypt. Semasa tiba, kami disambut oleh rombongan wakil PMRAM dan wakil Komuniti HPA KAherah serterusnya dibawa terus majlis jamuan aidilfitri yang kebetulan diadakan oleh PMRAM pada hari yang sama di perkarangan rumah negeri di Hayyu Asyir.
walaupun lawatan pada kali ini agak singkat dan padat, namun objektif kehadiran kami tetap tercapai.Antara program yang dijalankan ialah taklimat Mengenali Perniagaan HPA yang diadakan di markas akhawat di Mandarah Iskandariah,program di markas DPPM Tanta dan dewan asrama pelajar Kedah Haiyyu Sabiek.
Kami juga turut mengadakan pertemuan dengan pihak komuniti HPA Kaherah dan pihak PMRAM.
Alhamdulillah..semoga bertambah ramai para ilmuan Islam yang akan bersama HPA pada masa-masa mendatang.



Program di Dewan Asrama Pelajar Kedah



Program di markas DPM Tanta

Pengerusi DPM Tanta menerima cenderahati daripada HPA

Markas mahasiswa Damanhur

Bersama PJS Ust Ramizu dan PJ Ust Mohd Fitri

PROGRAM BERSAMA SISWA SISWI KOLEJ ISLAM PERAK


Antara peserta yang mengikuti lawatan dan taklimat di HPA Caw Aman Jaya,Sg Petani


PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali sedang menyampaikan ceramahnya


PJ Sdr Jamsari Bin Mahmud,pemimpin yang menegndalikan lawatan

Antara mahasiswa Kolej Islam Perak



Para sisiwi turut serta dengan penuh semangat

Ucapan Aluan daripada PJS Sdr Mohd Asim Bin Khalid
Hampir 50 orang siswa siswi beserta dengan kakitangan Kolej Islam Perak telah mengadakan siri lawatan rasmi ke pusat pentadbiran HPA di Perlis dan Sungai Petani,Kedah. Antara aktiviti yang dilalui selain melawat kilang ladang serta cabangan perniagaan HPA yang lain, para peserta turut berpeluang mendengar taklimat dan motivasi yang disampaikan oleh PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali.Para peserta yang hadir dari Kuala Kangsar,Perak tersebut telah disajikan maklumat tentang perkembangan terkini HPA serta peluang seorang mahasiswa dan mahasiswi untuk merebut berbagai tawaran dari HPA.

Program teresbut diadakan pada 26 Oktb 2010 bertempat di HPA Cawangan Aman Jaya,Sungai Petani Kedah.Turut serta di dalam program tersebut adalah PJS Sdr Noor Hyzad bin Kassim,PJS Sdr Mohd Asim bin Khalid juga pemimpin HPA yang tidak asing lagi di sekitar Kuala Kangsar iaitu PJ Sdr Jamsari bin Mahmud. Tahniah kepada penganjur lawatan tersebut.

Admin 2010

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF